Ragam Manusia, KALENDAR BOMBA 2015 JADI REBUTAN RAMAI SEBAB BANYAK GAMBAR ABANG SADO



Kalendar terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk tahun 2015 menjadi perhatian orang ramai. Rata-rata memuji gambar ahli-ahli bomba yang segak bergaya dan berbadan sado, dipaparkan dalam kalendar berkenaan.

Namun, kalendar tersebut bukan untuk dijual. Hanya untuk edaran kepada pegawai-pegawai JBPM dan kementerian yang berkaitan sahaja.


Bagaimanapun, JBPM telah membuka pertandingan di laman Facebook rasmi mereka pada Selasa lalu bagi memberikan peluang kepada orang ramai memiliki kalendar eksklusif ini

Ini merupakan kali kedua JBPM mengeluarkan kalendar yang bertemakan 'Cara Hidup Sihat' dalam siri kalendar tahunan mereka.














Sumber