Dunia Hiburan, Isu Panas, Mari Kenali Siapa Caliph Buskers


Keputusan Anugerah Juara Lagu Ke 29 telah pun diketahui. Dalam AJL29 kali terdapat satu kejutan yang unik ditampilkan Edry KRU.

Kejutan yang dibuat oleh Edry KRU dalam AJL29 memang menjadi di mana beliau menampilkan kumpulan Caliph Buskers yang membuat persembahan bersama Mojo.

Persembahan Mojo bersama Caliph Buskers yang menyampaikan lagu Romancinta mendapat pujian ramai. Sampaikan dapat menang persembahan terbaik di AJL29 baru-baru ini.

Saya sendiri baru pertama kali mengenali Caliph Buskers dan kami rasa pasti ramai juga yang ingin tahu siapa Caliph Buskers sebenarnya.


Mari Kenali Siapa Caliph Buskers

Caliph Buskers merupakan orang kurang upaya cacat penglihatan. Kata Edry dia menemui Caliph Buskers ketika sedang mencari pengganti untuk menyampaikan lagu Romancinta.

Edry KRU tidak menyangka bahawa pencarian vokalis akan berakhir di perkarangan Sogo, Jalan Tar, Kuala Lumpur.

Penyanyi kumpulan Caliph Buskers bernama Azmi Saat. Kelantangan suaranya di malam itu berjaya memukau para hadirin.

Meskipun pada awalnya  beliau nampak agak gementar tetapi lama-kelamaan persembahan mereka menjadi dengan begitu hebat sekali.

Bahkan, hampir satu stadium bangun berdiri untuk memberi tepukan yang paling gemuruh kepada mereka.



Ketiadaan Aweera memang ada hikmahnya.

Kalau sebelum ini ramai yang tertanya-tanya siapalah yang dapat menggantikan Aweera.

Ini kerana Suara Aweera memang sepadan untuk lagu Romancinta. Tapi ternyata ini adalah rezeki Caliph Buskers.

Mudah-mudahan, selepas ini Caliph Buskers akan semakin dikenali dan dimurahkan rezeki. Bakat mereka memang tidak dapat dinafikan lagi. Tahniah diucapkan.