Memaparkan catatan dengan label Isu Panas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Panas. Papar semua catatan

Dunia Hiburan, Isu Panas, Mari Kenali Siapa Caliph Buskers


Keputusan Anugerah Juara Lagu Ke 29 telah pun diketahui. Dalam AJL29 kali terdapat satu kejutan yang unik ditampilkan Edry KRU.

Kejutan yang dibuat oleh Edry KRU dalam AJL29 memang menjadi di mana beliau menampilkan kumpulan Caliph Buskers yang membuat persembahan bersama Mojo.

Persembahan Mojo bersama Caliph Buskers yang menyampaikan lagu Romancinta mendapat pujian ramai. Sampaikan dapat menang persembahan terbaik di AJL29 baru-baru ini.

Saya sendiri baru pertama kali mengenali Caliph Buskers dan kami rasa pasti ramai juga yang ingin tahu siapa Caliph Buskers sebenarnya.


Mari Kenali Siapa Caliph Buskers

Caliph Buskers merupakan orang kurang upaya cacat penglihatan. Kata Edry dia menemui Caliph Buskers ketika sedang mencari pengganti untuk menyampaikan lagu Romancinta.

Edry KRU tidak menyangka bahawa pencarian vokalis akan berakhir di perkarangan Sogo, Jalan Tar, Kuala Lumpur.

Penyanyi kumpulan Caliph Buskers bernama Azmi Saat. Kelantangan suaranya di malam itu berjaya memukau para hadirin.

Meskipun pada awalnya  beliau nampak agak gementar tetapi lama-kelamaan persembahan mereka menjadi dengan begitu hebat sekali.

Bahkan, hampir satu stadium bangun berdiri untuk memberi tepukan yang paling gemuruh kepada mereka.



Ketiadaan Aweera memang ada hikmahnya.

Kalau sebelum ini ramai yang tertanya-tanya siapalah yang dapat menggantikan Aweera.

Ini kerana Suara Aweera memang sepadan untuk lagu Romancinta. Tapi ternyata ini adalah rezeki Caliph Buskers.

Mudah-mudahan, selepas ini Caliph Buskers akan semakin dikenali dan dimurahkan rezeki. Bakat mereka memang tidak dapat dinafikan lagi. Tahniah diucapkan.

Pro-politik , Isu Semasa, Isu Panas, CEO Baru 1MDB Beragama Islam - Ahmad Maslan


Pelantikan Arul Kanda Kandasamy sebagai presiden baru dan pengarah eksekutif kumpulan syarikat milik kerajaan - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) -  menjadi perbualan panas di dunia korporat dan di kalangan media.

Sejak berita pelantikannya menerajui syarikat itu diumumkan, Arul kanda telah digambarkan sebagai seorang pakar dalam menyelamatkan perniagaan yang bermasalah.

Latar belakang pendidikannya yang mengagumkan dan kedudukan sebelumnya dalam pasaran kewangan London dan Abu Dhabi, turut menceritakan tentang kehebatan pengalaman dan kemampuannya.

Malah pembangkang pun mengakui pelantikan Arul berdasarkan kepada merit, dengan orang seperti Naib Presiden PKR Rafizi Ramli - pengkritik utama pengurusan 1MDB - menggambarkan Arul sebagai seorang yang pintar dan meyakinkan

Tetapi di tengah-tengah persekitaran itu, terdapat satu perkembangan menarik yang dilihat penting bagi Umno.

Apabila nama Arul Kanda disebut dan gambarnya disiarkan, terdapat cakap-cakap bahawa syarikat yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, kini diletakkan di tangan seorang bukan Melayu untuk dipulihkan.

Arul menggantikan ketua pegawai eksekutif Melayu, iaitu Mohd Hazem Abdul Rahman, yang telah meletak jawatan.

Mungkin kebimbangan ini dapat menjelaskan kapsyen yang mengiringi gambar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Arul Kanda di akaun Twitter ketua penerangan Umno itu.

Dalam kapsyennya  Ahmad Maslan menulis bahawa beliau telah bertemu Arul di pejabatnya petang ini.

Beliau mendedahkan bahawa bos baru 1MDB itu berusia 38, berasal dari Kuala Lumpur dan mengakhiri kapsyen itu dengan perkataan "beragama Islam".

Kapsyen itu menarik perhatian tentang keperluan untuk menyebut agama Arul. Namun posting ini mungkin lebih mengenai politik daripada perniagaan.


Sumber.

Top News, Isu Panas, Kes buli masa rehat, Enam pelajar tahun 6 ditahan polis

Buli: Enam Pelajar Ditahan

Buli: Enam Pelajar Ditahan
Enam murid Tahun Enam yang didakwa membuli rakan sekelas mereka di sebuah sekolah rendah di sini sudah ditahan untuk membantu siasatan kes itu.
Ketua Polis Kedah, Senior Deputi Komisioner Datuk Zamri Yahya berkata, empat laporan polis diterima susulan rakaman video yang menjadi viral di Facebook dan YouTube itu.
“Murid yang terlibat dalam insiden itu mengenali antara satu sama lain dan siasatan awal mendapati ia berlaku September lalu apabila mereka tamat menduduki UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah),” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
“Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Semua enam pelajar itu juga telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka dirakam,” katanya.
Menerusi klip video itu, seorang budak lelaki menangis apabila rakannya menendang, memukul dan meletakkan bekas sampah di kepalanya, malahan penyapu turut digunakan untuk mengejek pelajar itu.
Ketua Pemuda MIC Alor Setar, W. Thiruchandru berkata, keluarga mangsa yang menetap berhampiran sekolah itu sudah berbincang dengan guru besar dan memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap rakan anak mereka itu.
“Mereka hanya mahu pihak polis melakukan sesuatu supaya insiden itu tidak berulang,” katanya.
Thiruchandru berkata, mangsa kejadian itu akan meneruskan pengajian sekolah menengah di sebuah sekolah agama di Perlis pada sesi persekolahan Januari ini.

Sumber: Mstar

Top News, Isu Semasa, Isu Panas , Video murid tahun 6 dibuli jadi viral


Video murid tahun 6 dibuli jadi viral
Video memaparkan seorang murid sekolah dibuli kini menjadi viral di laman sosial.

ALOR SETAR - Satu rakaman video memaparkan seorang murid sekolah dibuli kini menjadi viral di laman sosial sejak hari ini.

Video berdurasi 1 minit 51 saat itu mencetuskan kegusaran dan kemarahan orang ramai.

Difahamkan, kes itu berlaku di sebuah sekolah kebangsaan dekat pusat bandar, di sini, pada September tahun lalu.

Video itu bermula dengan beberapa murid berusia 12 tahun bertindak menendang pada bahagian muka mangsa.

Tidak cukup dengan itu, muka mangsa kemudian ditutup menggunakan bakal sampah dan diletakkan penyapu.

Tindakan biadab sekumpulan murid berkenaan turut mendapat perhatian Ketua Pemuda MIC Alor Setar, W Thiruchandru.

Menurutnya, pihak sekolah berkenaan sudah memanggil ibu bapa mangsa untuk menjelaskan kejadian yang melibatkan anak mereka.

“Ibu bapa mangsa hanya mengetahui kejadian ini setelah dimaklumkan oleh pihak sekolah pagi tadi (semalam) kerana mangsa tidak memaklumkan kejadian itu kepada mereka.

“Mereka amat kecewa dengan insiden itu dan meminta polis menasihati pelajar yang terlibat supaya tidak mengulanginya,” katanya.

Difahamkan, satu laporan dibuat oleh ibu bapa mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kes itu bukan kejadian buli yang serius.

“Ini hanya gangguan daripada rakan-rakan. Bagaimanapun, kita masih menunggu perkembangan terkini dari pihak sekolah.

“Dalam kes ini, semua yang terlibat akan dipanggil untuk diambil keterangan,” katanya.

Kali ini kes dikatakan berlaku di sebuah sekolah rendah di Alor Setar, Kedah dan ia turut mendapat perhatian Ketua Pemuda Kebangsaan MIC Sivarraajh Chandran yang turut berkongsi video berkenaan di laman Facebook miliknya.
“Saya telah meminta Ketua Biro Pendidikan untuk membuat laporan mengenai kes buli ini.
“Saya menggesa Kementerian Pendidikan dan Polis Diraja Malaysia melakukan siasatan penuh.
“Kita sepatutnya mendidik generasi akan datang supaya mereka menjadi insan yang berkualiti dan bersopan santun dan bukannya menjadi pembuli di sekolah,” katanya.
Sementara itu, video berdurasi  1:51 minit mengenai murid sekolah rendah yang dibuli ini boleh ditonton di:
Kes buli murid sekolah rendah 2015