Memaparkan catatan dengan label Top News. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Top News. Papar semua catatan

Top News, Sport Arena , Gambar bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo merangkul anugerah Trofi Ballon d'Or buat kali ketiga


 BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo merangkul anugerah Ballon d’Or buat kali ketiga mengetepikan penyerang Barcelona Lionel Messi dan penjaga gol Bayern Munich Manuel Neuer pada majilis Anugerah Ballon d’Or 2014 di Zurich awal pagi Selasa.


Ronaldo menjadi pilihan mengekalkan trofi ini selepas turut dipilih sebagai Pemain Terbaik pada tahun 2013 dan 2008. Penyerang Portugal ini membantu Real Madrid merangkul trofi Liga Juara-Juara dengan menewaskan Bayern Munich pada saingan separuh akhir sebelum menang secara penalti ke Atletico Madrid di pentas akhir.


Sementara itu, jurulatih Jerman Joachim Loew dinamakan sebagai Jurulatih Terbaik FIFA 2014 selepas bersaing hebat dengan pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone dan bos Real Madrid, Carlo Ancelloti.


Simeone membawa Atletico meraih gelaran juara Liga manakala Ancelotti menamatkan kemarau gelaran ke-10 Liga Juara-Juara. -AP

Top News, Makhluk, Kucing Misteri Warna Hijau Kini Kembali Ke Asal

BULGARIA – Seekor kucing yang mencetuskan panik di kalangan penduduk di sebuah kawasan pelancongan yang terkenal, Varna, kerana berwarna hijau, kini sudah kembali kepada warna asal.
Kucing itu telah dibersihkan oleh aktivis pencinta alam, yang berjaya menjejaknya setelah berita mengenai binatang tersebut tersebar luas.
Mereka berbuat demikian kerana tidak senang dengan warna itu yang terus melekat pada kucing tersebut.
Meskipun sudah dibersihkan namun masih terdapat sedikit kesan hijau pada bulunya.
Kucing terbabit menjadi liputan media tahun lepas setelah ia mengejutkan penduduk kerana berwarna hijau. Ia dipercayai menjadi hijau kerana sering tidur di kawasan mengandungi lebihan cat berwarna hijau di sebuah tapak pembinaan.



Gambar Budak Comel Hisap Puting Viral Di Hari Pertama Persekolahan

Gambar seorang kanak-kanak memakai baju sekolah sambil menghisap puting di sebuah sekolah menjadi viral di laman sosial Facebook hari ini.
Tinjauan Sinar Online di laman sosial berkenaan mendapati ramai pengguna berkongsi gambar kanak-kanak tersebut dan memuji kecomelannya.
Antara komen-komen yang ditulis pengguna media sosial, “ala tomelnya dia. Dia pun dah tak sabar nak masuk sekolah ye? Hehehe”.
“Memang comei pun!!! Grrrr culik puting tu karang… Haa.. Dah balik dari sekolah kan? Selamat kembali alam persekolahan!! Hikhik”

Top News, Charlie Hebdo Attacks, Dua lelaki bersenjata adegan tembak-menembak dengan pengawal keselamatan


PARIS - Seramai 11 orang mati apabila dua lelaki bersenjata bertindak melepaskan tembakan menggunakan senjata raifal Kalashnikovs dan pelancar roket ke arah pejabat akhbar satira mingguan Perancis, Charlie Hebdo.

Menurut hasil siasatan, dua lelaki bersenjata tersebut dilaporkan memecah masuk pejabat berkenaan yang terletak di tengah kota Paris sebelum berlaku adegan tembak-menembak dengan pengawal keselamatan.

Kedua-dua lelaki tersebut kemudiannya merampas sebuah kereta dan memandu laju meninggalkan lokasi kejadian bagi mengelakkan daripada ditahan.

Presiden Perancis, Francois Hollande turut bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan berhubung kejadian sebelum mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkara itu.

Syarikat akhbar Charlie Hebdo yang memperjuangkan bentuk dan gaya penulisan berbentuk satira itu mula dikenali selepas penerbitan karya kartun Nabi Muhammad S.A.W. - AFP

Top News, Isu Panas, Kes buli masa rehat, Enam pelajar tahun 6 ditahan polis

Buli: Enam Pelajar Ditahan

Buli: Enam Pelajar Ditahan
Enam murid Tahun Enam yang didakwa membuli rakan sekelas mereka di sebuah sekolah rendah di sini sudah ditahan untuk membantu siasatan kes itu.
Ketua Polis Kedah, Senior Deputi Komisioner Datuk Zamri Yahya berkata, empat laporan polis diterima susulan rakaman video yang menjadi viral di Facebook dan YouTube itu.
“Murid yang terlibat dalam insiden itu mengenali antara satu sama lain dan siasatan awal mendapati ia berlaku September lalu apabila mereka tamat menduduki UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah),” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
“Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Semua enam pelajar itu juga telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka dirakam,” katanya.
Menerusi klip video itu, seorang budak lelaki menangis apabila rakannya menendang, memukul dan meletakkan bekas sampah di kepalanya, malahan penyapu turut digunakan untuk mengejek pelajar itu.
Ketua Pemuda MIC Alor Setar, W. Thiruchandru berkata, keluarga mangsa yang menetap berhampiran sekolah itu sudah berbincang dengan guru besar dan memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap rakan anak mereka itu.
“Mereka hanya mahu pihak polis melakukan sesuatu supaya insiden itu tidak berulang,” katanya.
Thiruchandru berkata, mangsa kejadian itu akan meneruskan pengajian sekolah menengah di sebuah sekolah agama di Perlis pada sesi persekolahan Januari ini.

Sumber: Mstar

Top News, Isu Semasa, Manek Urai Selepas Banjir Umpama Medan Perang

Umpama medan perang – itulah yang dapat kami simpulkan tatkala melihat gambar pasca banjir di Manek Urai, Kelantan yang dikongsikan menerusi Facebook Sukan Star TV.
Palitan lumpur kering pada dinding Sekolah Menengah Manek yang menjadi pusat pemindahan mangsa banjir jelas menunjukkan betapa tingginya paras air sewaktu bencana itu berlaku.
Jalan raya kecil di sepanjang kawasan kampung juga dilitupi kesan tanah sekaligus menyebabkan keadaan berdebu apabila dilalui kenderaan.
Lebih menyedihkan, perabot dan kepingan kayu dilihat bersepah hingga ada yang tersangkut di atas pokok yang sudah kering.
Semoga semua mangsa banjir diberikan ketabahan kerana proses pemulihan akan mengambil masa yang panjang selepas ini.
Di bawah ialah beberapa gambar yang diambil sendiri oleh @AdrianNCF semasa beliau menjalankan proses menghantar bantuan kemanusiaan di Manek Urai danGua Musang. Mohon bantuan terus diberikana kerana keadaan disana sangat menyedihkan.




Sumber @AdrianNCF

Top News, Tarikh Rasmi Dividen Dan Bonus ASB 2014 Diumumkan Keluar


Makluman rasmi, Berita terkini tentang kadar Dividen ASB 2014 kini menjadi tumpuan ramai khususnya kepada pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB).  Pihak ASNB telah mengumumkan secara rasmi bahawa penangguhan urusniaga ASB mulai 23 Disember 2014 untuk tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2014. Oleh itu, pengumuman rasmi kadar Dividen dan Bonus ASB 2014 akan diumumkan keluar pada khamis 18 Disember 2014. Menerusi makluman rasmi Permodalan Nasional Bhd (PNB), dividen ASB 2014 yang diumumkan adalah 7.50 sen seunit manakala bonus 1.00 sen seunit dan pembayaran dividen akan dikreditkan ke akaun pengguna mulai 2 Januari 2015.

Tarikh Rasmi Dividen Dan Bonus ASB 2014 Diumumkan Keluar

Pengumuman Rasmi Dividen Dan Bonus ASB 2014
  • ASB 2014: Dividen 7.50 Sen Seunit , Bonus 1.00 sen Seunit

Tarikh Rasmi Dividen ASB 2014 Diumumkan Keluar
  • telah diumumkan keluar pada Khamis 18 Disember 2014
Tarikh Pembayaran ASB 2014
  • Akan diagihkan ke akaun pengguna pada 2 Januari 2015
Kronologi Kadar Dividen ASB Amanah Saham Bumiputera
  • 2014: 7.50 Sen , Bonus 1.00 Seunit (Terkini)
  • 2013: Dividen 7.70 sen seunit, bonus 1.00 sen
  • 2012: Dividen 7.75 sen, bonus 1.15 sen
  • 2011: Dividen 7.65 Sen, bonus 1.15 sen

Top News, Isu Semasa, Isu Panas , Video murid tahun 6 dibuli jadi viral


Video murid tahun 6 dibuli jadi viral
Video memaparkan seorang murid sekolah dibuli kini menjadi viral di laman sosial.

ALOR SETAR - Satu rakaman video memaparkan seorang murid sekolah dibuli kini menjadi viral di laman sosial sejak hari ini.

Video berdurasi 1 minit 51 saat itu mencetuskan kegusaran dan kemarahan orang ramai.

Difahamkan, kes itu berlaku di sebuah sekolah kebangsaan dekat pusat bandar, di sini, pada September tahun lalu.

Video itu bermula dengan beberapa murid berusia 12 tahun bertindak menendang pada bahagian muka mangsa.

Tidak cukup dengan itu, muka mangsa kemudian ditutup menggunakan bakal sampah dan diletakkan penyapu.

Tindakan biadab sekumpulan murid berkenaan turut mendapat perhatian Ketua Pemuda MIC Alor Setar, W Thiruchandru.

Menurutnya, pihak sekolah berkenaan sudah memanggil ibu bapa mangsa untuk menjelaskan kejadian yang melibatkan anak mereka.

“Ibu bapa mangsa hanya mengetahui kejadian ini setelah dimaklumkan oleh pihak sekolah pagi tadi (semalam) kerana mangsa tidak memaklumkan kejadian itu kepada mereka.

“Mereka amat kecewa dengan insiden itu dan meminta polis menasihati pelajar yang terlibat supaya tidak mengulanginya,” katanya.

Difahamkan, satu laporan dibuat oleh ibu bapa mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kes itu bukan kejadian buli yang serius.

“Ini hanya gangguan daripada rakan-rakan. Bagaimanapun, kita masih menunggu perkembangan terkini dari pihak sekolah.

“Dalam kes ini, semua yang terlibat akan dipanggil untuk diambil keterangan,” katanya.

Kali ini kes dikatakan berlaku di sebuah sekolah rendah di Alor Setar, Kedah dan ia turut mendapat perhatian Ketua Pemuda Kebangsaan MIC Sivarraajh Chandran yang turut berkongsi video berkenaan di laman Facebook miliknya.
“Saya telah meminta Ketua Biro Pendidikan untuk membuat laporan mengenai kes buli ini.
“Saya menggesa Kementerian Pendidikan dan Polis Diraja Malaysia melakukan siasatan penuh.
“Kita sepatutnya mendidik generasi akan datang supaya mereka menjadi insan yang berkualiti dan bersopan santun dan bukannya menjadi pembuli di sekolah,” katanya.
Sementara itu, video berdurasi  1:51 minit mengenai murid sekolah rendah yang dibuli ini boleh ditonton di:
Kes buli murid sekolah rendah 2015

Top News , Isu Semasa , Air Asia QZ8501 , Tony Fernandes Menangis Ketika Jenazah Staffnya Dikebumikan


Majlis pengebumian jenazah peramugari pada hari jumaat malam semalam telah embuatkan ramai pihak menangisi pemergian, Kharunisa Haidar Fauzi, pramugari nahas pesawat AirAsia QZ8501 semalam.
Turut menangis dan menatapi pemergian arwah ini ialah CEO AirAsia Tna Sri Tony Fernandes yang bersama-sama dengan staff AirAsia Indonesia yang lain di majlis pengebumian itu.
Tony Fernandes Menangis Ketika Jenazah Staffnya Dikebumikan
Tony Fernandes Menangis Ketika Jenazah Staffnya Dikebumikan
Tony menyatakan bahawa sudah menjadi kewajipan beiau untuk menghatar pulang jenazah Khairunisa yang merupakan pekerjanya yang tekorban semasa menjalankan tugas.
“Khairunisa adalah sebahagian dari keluarga besar AirAsia, semoga dengan kehadiran saya bersama sehabat-sahabat kerjanya di hari pengebumian ini dan bersama iringan ribuan doa dari orang lain dapat dengan memberi ketenangan kepada roh jenazah,” ujar Tony sambil menangis tersedu-sedu didampingi kedua ibu bapa Khairunisa iaitu Haidar Fauzi dan Rohana.
Selain Tony Fernandes dan rombongan pekerja AirAsia turut hadir adaah pastinya jiran, kawan-kawannya serta kawan-kawan sekuliah Khairunisa dari Universiti Sriwijaya dan turut disertai Wakil Gabenor Sumatera Selatan, H Ishak Mekki dan Ketua DPRD Palembang.
Khairunisa adalah anak kesayangan kepada Haidar Fauzi dan Rohana. Beliau dilahirkan pada11 Mei 1992 itu merupakan anak bungsu dari 3 adik beradik.
Minat Khairunisa untuk menjadi pramugari bermula sejak berada dibangku sekolah lagi dan berusaha mengejar cita-citanya itu sehingga berjaya menjadi pramugari Pesawat AirAsia.
Sumber : SK