Top News, Isu Semasa, Manek Urai Selepas Banjir Umpama Medan Perang

Umpama medan perang – itulah yang dapat kami simpulkan tatkala melihat gambar pasca banjir di Manek Urai, Kelantan yang dikongsikan menerusi Facebook Sukan Star TV.
Palitan lumpur kering pada dinding Sekolah Menengah Manek yang menjadi pusat pemindahan mangsa banjir jelas menunjukkan betapa tingginya paras air sewaktu bencana itu berlaku.
Jalan raya kecil di sepanjang kawasan kampung juga dilitupi kesan tanah sekaligus menyebabkan keadaan berdebu apabila dilalui kenderaan.
Lebih menyedihkan, perabot dan kepingan kayu dilihat bersepah hingga ada yang tersangkut di atas pokok yang sudah kering.
Semoga semua mangsa banjir diberikan ketabahan kerana proses pemulihan akan mengambil masa yang panjang selepas ini.
Di bawah ialah beberapa gambar yang diambil sendiri oleh @AdrianNCF semasa beliau menjalankan proses menghantar bantuan kemanusiaan di Manek Urai danGua Musang. Mohon bantuan terus diberikana kerana keadaan disana sangat menyedihkan.




Sumber @AdrianNCF