Memaparkan catatan dengan label Makhluk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makhluk. Papar semua catatan

Top News, Makhluk, Kucing Misteri Warna Hijau Kini Kembali Ke Asal

BULGARIA – Seekor kucing yang mencetuskan panik di kalangan penduduk di sebuah kawasan pelancongan yang terkenal, Varna, kerana berwarna hijau, kini sudah kembali kepada warna asal.
Kucing itu telah dibersihkan oleh aktivis pencinta alam, yang berjaya menjejaknya setelah berita mengenai binatang tersebut tersebar luas.
Mereka berbuat demikian kerana tidak senang dengan warna itu yang terus melekat pada kucing tersebut.
Meskipun sudah dibersihkan namun masih terdapat sedikit kesan hijau pada bulunya.
Kucing terbabit menjadi liputan media tahun lepas setelah ia mengejutkan penduduk kerana berwarna hijau. Ia dipercayai menjadi hijau kerana sering tidur di kawasan mengandungi lebihan cat berwarna hijau di sebuah tapak pembinaan.



World News, Makhluk, Ikan emas sembelit dibedah dengan kos RM1,637


Seorang usahawan sanggup membelanjakan wang sebanyak 300 pound (RM1,637) semata-mata mahu melakukan pembedahan terhadap ikan emasnya yang me­ngalami masalah sembelit.
Ikan emas sembelit 
dibedah dengan kos RM1,637
Ikan emas sembelit dibedah dengan kos RM1,637
Mail Online melaporkan, usahawan yang enggan mendedahkan namanya itu membawaikan emas tersebut ke Pusat Veterinar Toll Barn di sini, selepas mengalami kesukaran untuk mengeluarkan bahan buangan.
Pada mulanya usahawan tersebut menyangkakan prosedur bagi memulihkan masalah sembelit itu adalah mudah, sebelum kakita­ngan di pusat veterinar memberitahu pembedahan bakal memakan belanja sebanyak RM1,637.
Doktor haiwan, Faye Bethell, 29, berkata, dia menggunakan alat khas bagi membuang dua ke­tulan tumor yang terdapat di dalam badan ikan emas yang berusia dua tahun 10 bulan itu.
“Dua ketul tumor telah menganggu sistem pencernaan ikan tersebut dan jika tidak dibuangikan emas itu akan mati.
“Ini merupakan kali pertama saya melakukan prosedur pembedahan seperti ini kepada seekor ikan emas. Pembedahan selesai dalam masa 50 minit dan haiwan kecil itu boleh berenang seperti biasa selepas pembedahan,” jelasnya.
Tambah Bethell, dia menutup semula bahagian ikan yang telah dipotong bagi membuang tumor berkenaan dengan menggunakan gam khas.
Sumber : SK

Makhluk, Comel, Lil bub", Kucing Yang Sentiasa Menjelirkan Lidahnya


Lilbub adalah kucing kerdil, yang bermaksud dia akan berukuran seperti anak kucing kerana tidak boleh tumbuh lebih besar lagi. Kucing yang suka menjulurkan lidahnya ini juga mempunyai kes yang ekstrim 'dwarfisme', yang bermaksud tubuhnya tidak seimbang relatif kecil ke seluruh tubuhnya dan dia mempunyai beberapa kesukaran bergerak. 

Dia bertubuh sangat pendek, kaki pendek . Rahang bawahnya secara signifikan lebih pendek daripada rahang atas, dan giginya tidak pernah tumbuh, itulah mengapa lidahnya selalu menjulur. Selain itu, BUB adalah kucing polydactyl, 

Ia mempunyai jari-jari kaki tambahan, dan dalam kesnya, satu jari kaki tambahan tiap kakinya. Bub juga mempunyai mata hijau yang besar. Berikut ini adalah gambar-gambar Lil Bub, kucing yang selalu menjelirkan lidah.