Memaparkan catatan dengan label World News. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label World News. Papar semua catatan

World News, Makhluk, Ikan emas sembelit dibedah dengan kos RM1,637


Seorang usahawan sanggup membelanjakan wang sebanyak 300 pound (RM1,637) semata-mata mahu melakukan pembedahan terhadap ikan emasnya yang me­ngalami masalah sembelit.
Ikan emas sembelit 
dibedah dengan kos RM1,637
Ikan emas sembelit dibedah dengan kos RM1,637
Mail Online melaporkan, usahawan yang enggan mendedahkan namanya itu membawaikan emas tersebut ke Pusat Veterinar Toll Barn di sini, selepas mengalami kesukaran untuk mengeluarkan bahan buangan.
Pada mulanya usahawan tersebut menyangkakan prosedur bagi memulihkan masalah sembelit itu adalah mudah, sebelum kakita­ngan di pusat veterinar memberitahu pembedahan bakal memakan belanja sebanyak RM1,637.
Doktor haiwan, Faye Bethell, 29, berkata, dia menggunakan alat khas bagi membuang dua ke­tulan tumor yang terdapat di dalam badan ikan emas yang berusia dua tahun 10 bulan itu.
“Dua ketul tumor telah menganggu sistem pencernaan ikan tersebut dan jika tidak dibuangikan emas itu akan mati.
“Ini merupakan kali pertama saya melakukan prosedur pembedahan seperti ini kepada seekor ikan emas. Pembedahan selesai dalam masa 50 minit dan haiwan kecil itu boleh berenang seperti biasa selepas pembedahan,” jelasnya.
Tambah Bethell, dia menutup semula bahagian ikan yang telah dipotong bagi membuang tumor berkenaan dengan menggunakan gam khas.
Sumber : SK

World News , Jenayah , Putera Arab Saudi Rogol & Bunuh Gadis Yang Diculiknya


Polis di Jeddah, Arab Saudi telah mengesahkan berita bahawa seorang gadis telah dirogol dan dibunuh oleh seorang putera Saudi.

Skandal itu merupakan satu lagi dalam satu rangkaian skandal moral dan etika pada raja-raja rasuah Saudi yang korup dan jenayah mereka terhadap rakyat Saudi.

Cerita ini bermula apabila saksi di Samer, pinggir bandar Jeddah, melihat perempuan digugurkan daripada kereta JMC. Rakyat yang menyaksikan peristiwa itu segera membaluti gadis dengan selimut dan menghubungi polis.

Selepas polis tiba, siasatan awal menunjukkan bahawa gadis itu telah meninggal dunia. Nombor plat JMC dimasukkan ke dalam sistem pengawasan kereta polis trafik dan ia menunjukkan bahawa ia dipunyai oleh seorang putera Saudi.

Kemudian, siasatan menyeluruh telah dilancarkan, dengan keputusan awal bahawa putera itu tidak lain tak bukan ialah Khalid bin Sa'ad bin Abdul Aziz al-Saud, yang, bertemu dengan gadis itu pada malam Rabu di pusat membeli-belah Al-Tuhayat . Gadis itu mencabar putera raja berkenaan.

Gadis itu diculik oleh sekutu itu putera dan dipindahkan ke tempat yang tidak diketahui di mana beliau telah diserang secara seksual. Apabila dia cuba melarikan diri, dia dibunuh dan mayatnya dicampak di tepi jalan.

Tetapi media dikawal kerajaan tidak melaporkan apa-apa kejadian. Kalaulah tidak kerana media antarabangsa dan internet, kebanyakan cerita-cerita ini tidak akan diketahui umum.



Sumber : Here